1.  Kurang sikap menghormati 
Jangan mengumpat atau mengata di belakang pasangan anda di hadapan  rakan atau kaum keluarga anda yang lain. Si dia mahukan penghormatan dan  penghargaan ikhlas dari anda.
 
2. Tidak mendengar pasangan anda dengan baik 
Ini termasuk sikap anda yang suka ubah topik dan fikiran cepat  melayang ke arah lain ketika si dia sedang bercerita atau meluahkan  sesuatu kepada anda.  Mulai harini, cuba dengar dengan ikhlas dan penuh  kasih sayang ketika si dia bercakap.
 
3. Kurang keintiman
Ini adalah ‘Swine Flu’ di dalam sesebuah hubungan selepas  perkahwinan. Cepat-cepat jumpa pakar hubungan keintiman untuk nasihat di  dalam isu ini.
 
4. Sentiasa nak betul 
Selalu memberi ‘khutbah’ kepada pasangan anda. Ada kalanya kita harus  mengaku kesalahan kita dan cuba menerima kritikan dengan sikap yang  rasional. Bila kali terkahir anda rasa anda betul ketika berdebat dengan  pasangan anda? Fikirkan semula.
 
5.  Tidak membuat seperti yang dikata
Bila anda berkata atau berjanji sesuatu. Laksanakan. Si dia pasti  makan hati jika anda tidak ‘walk the talk’. Jangan main cakap sahaja.  Tunjukkan dan buktikan anda melaksanakan apa yang anda kata.
 
6. Kritikan pedas
Kadangkala gurau atau ‘teasing’ boleh menyebabkan si dia makan hati.  Anda tidak sedar. Dalam hatinya sapa yang tau. Jika anda rasa dia tidak  memberi respons yang baik terhadap ‘gurauan’ keras anda, hentikan  segeral.
 
7. Tidak jujur
Pendek kata. Buat jahat dibalas jahat.
 
8.  Sikap ‘annoying’
Jika anda ada habit yang tidak baik seperti pengotor, suka membebel  atau apa sahaja yang menyakitkan fizikal dan mental si dia, sila  hentikan. Mula-mula memang boleh terima tetapi lama-lama rasa nak yang  lain pulak. Jangan marah.
 
9.  Sikap mementingkan diri sendiri
Jangan mementingkan diri sendiri seperti tidak suka rakan si dia  datang rumah tetapi bila rakan sendiri buat macam party pulak kat rumah.  Hormati kesukaan dan kemahuan pasangan anda.
 
10. Sikap panas baran
Kemarahan memang musuh di dalam sesebuah persahabatan dan hubungan  rumahtangga. Bila marah, semua tak jadi. Sebelum anda melakukan tindakan  tidak rasional ketika marah (lepas talak tiba2 ke opsss ) tolong belajar  macam mana nak kawal kemarahan tu SEKARANG.
 
No comments:
Post a Comment