24 January 2013
Saya ingin berubah
Assalamualaikum blog readers semua :) Salam Maulidurrasul diucapkan kepada semua umat Islam. Harap hari ini kita dapat banyak ilmu & dpt banyak pahala. Jangan lupa rajinkan berselawat walaupun bukan maulidurrasul. Hari ini aku saja ingin menyatakan hasrat aku untuk berubah kepada yang lebih baik. Mungkin tak seislamik ustazah ustazah dekat luar sana. Tapi aku akan cuba sedaya upaya. Firstly, bagi saya seluar walaupun longgar mana tetapi tetap nampakkan bentuk kaki kita. Cuba fikir balik, betulkan? Jadi saya nak sangat pakai jubah, baju kurung atau kain selalu. Tapi apa kan daya. Susah sikit nak bergerak. Hmm. Then, saya nak sangat pakai tudung labuh. Tapi bukan lah yang sampai siku. Cukup sekadar separuh bahu ditutupi. Saya juga ingin sangat memerlahankan suara saya & tidak mengeluarkan kata cacian. Saya paling nak mencuba supaya hati saya ni tidak berkata kata benda yang buruk. Tidak mengumpat atau membenci orang di dalam hati. Saya juga mahu menjadi seorang anak yang solehah. Saya nak sayang & tak mahu melawan atau meninggikan suara dekat mama. Saya juga ingin menjadi seorang sahabat yang sentiasa ada untuk rakan rakan saya & seorang yang tidak menyakitkan hati mereka. Hmm, banyak sangat perkara yang saya nak buat tapi kita ni manusia, mampu ke melakukan semuanya? In shaa Allah :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment