10 January 2013
Apakah perasaan ini?
Assalamualaikum.. Entry aku kali ni, aku tak mampu untuk senyum. Aku tak tahu lah perasaan apa yg tengah belengu dalam hati aku. Aku nak luahkan yang sejak semenjak ni aku berasa sayu sangat sangat. Jujur lah, aku menangis tiap tiap malam tanpa sebab. Mesti aku teringat kenangan lampau. Ni pun aku rasa sayu dan mudah sangat untuk mata aku ni mengalirkan air mata. Mungkin orang tengok aku luar kasar tapi hati aku ni entah lah. Senang sangat menangis. Aku tak tahu aku rasa sayu sebab apa. Aku tak tahu nak mengadu dekat siapa. Kalau aku mengadu dekat kawan kawan pun, bukannya dia orang boleh hilangkan sayu aku ni. Aku hanya mampu mengadu dekat Allah je sekarang ni. Aku bercerita segalanya kepada Allah. Aku doa supaya Allah ceriakan kembali hati aku. Ataupun mungkin aku rasa sayu ni sebab Allah nak aku sentiasa ingat dia kot. Yela, selama ni aku banyak buat larangan dia. Aku tak lakukan perintahNya dengan sempurna. Aku buat banyak sangat dosa. :( Setiap kali aku sayu mesti aku akan berdoa dekat Allah. Ye, mungkin itu sebab dia. Lagipun roomate aku pernah kata, kalau hati kita sayu mungkin Allah nak hapuskan dosa kita dan kalau kita menangis kerana Allah, air mata tu mampu memadamkan api neraka. ya Allah, aku harapkan perasaan sayu aku ini akan dibalaskan dengan kebahagiaan dan aku berharap bahawa setiap peristiwa yang telah engkau rancangkan ini ada hikmahNya. Aminn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment