05 January 2013
Chaiyok!~ Fighting!~ Gambate!~
Assalamualaikum Hi semua :] Okay, tajuk kali ni comel. Haha. Tiga tiga bahasa timur sana. China, Korea, Jepun. Alololo. Sejak bila aku terpengaruh ni? --" Okay, back to topic. Sebenarnya title entry kali ni sesuai sangat dengan situasi aku sekarang. Nak tahu ke? Sebenarnya aku sekarang ni tengah melawan kehendak hati & perasaan aku. Serious tak tipu yang lawan perasaan & menipu diri sendiri sebenarnya susah sangat. Okay, bukan lah menipu diri sendiri tapi aku cuba kurangkan rasa suka dekat someone. Aku melawan nafsu aku sekarang ni. Memang berjihad lahh. Bukan setakat aku cuba kawal diri aku dari suka mana mana lelaki tapi aku juga kawal diri daripada terus selalu tegur dia dulu. Message dia dulu. Berbagai bagai lah. Allah je yang tahu betapa pedihnya jiwa ragaku. Cewahh. Serious sekarang ni aku nak kurangkan cakap pasal dia. Memang susah sangat mulut aku ni nak tukar topik lain. Tapi aku tengah mencuba. So, supaya mulut aku tak cerita pasal dia, apa kata kita Istighfar, Zikir, Selawat. Haa, kan banyak pahal dapat? In Shaa Allah :) Tapi satu benda yang paling paling susah. Jauhkan mata aku dari mencari dia. Mesti mata aku ni meliar cari kelibat dia. Haihh. Aku dah malas dah nak layan sebenarnya. Hati aku ni macam kuat sangat mengatakan yang aku suka dia. Fine, aku memang suka dia tapi tak bermakna sayang atau cinta kan? Lagipun lebih baik aku sayangkan & cintakan Allah, nabi & rasul, serta family kesayangan aku. Supaya aku boleh lupakan dia, aku kerap kali berkomunikasi dengan Allah & call mama. Walaupun aku tahu mama in shaa Allah sihat, tapi aku nak hilangkan kesunyian di hati je sebenarnya. Jadi aku call mama, tanya khabar. Borak borak. Hehe. Alhamdulillah hilang juga sikit sikit. Lagipun aku ada roomate serta kawan kawan yg boleh berborak rancak dengan aku. Hehe. Sayang dia orang semua :) Baru aku sedar kenapa hati & perasaan aku mencari seseorang utk dikasihi & disukai. Sebab sebenarnya hati aku rasa yang aku kesunyian walaupun pada hakikatnya aku sebenarnya mempunyai ramai orang yang menyokong aku. Aku je tak nampak semua tu. Allah & para malaikat sentiasa berada bersama aku. Mama, family & rakan rakan sentiasa ada dalam hati aku ni. Aku je tak perasan semua tu. Lagipun, salah satu cara aku melupakan keinginan hati aku ni, aku suka lihat ciptaan Allah, lagi lagi dekat belakang bilik tu. Subhanallah, lawa nya pemandangan :) So apa apapun, aku nak tekankan dekat sini bahawasanya AKU TIDAKLAH KESUNYIAN. Assalamualaikum :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment