10 January 2013

Jodoh itu telah dirancang oleh Allah

Hai Assalamualaikum :] Well, hari ni aku saja je nak update blog ni walaupun tak ada cerita yang menarik. Okay, first sekali aku selalu ingatkan diri aku bahawa setiap orang pasti ada jodohnya. Tidak kira sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak. Semua telah Allah tentukan. Sebenarnya aku selalu tertanya tanya siapakah jodoh aku. Mungkin orang tu aku kenal dan mungkin juga tidak. Ada setengah orang jodohnya tiada di dunia tapi di akhirat. Wah, sweet gitu :) Jodoh pertemuan ni rahsia Allah. Aku harap sesiapa pun yang jadi jodoh aku ada kebaikannya. Hmm, cakap pasal jodoh mesti orang kaitkan dengan kahwin. Yela bak kata Ustaz Azhar Idrus indahnya kehidupan selepas pernikahan. Wah, berdebar rasanya. *macam aku pula yang nak kahwin. Tadi chat dengan kawan aku dia tanya dah ada calon ke cakap pasal kahwin ni. Bila aku fikirkan, nope, aku tak ada seorang calon pun. Aku tak sesiapa untuk dijadikan suami & tak ada sesiapa yang berminat untuk jadikan aku isteri. *acah acah aku tahu pula isi hati orang. Dia kata kenapa tak cari lagi. Aku kata lah yang masa belum sesuai. Mungkin degree nanti kot baru aku cari calon. Ataupun tak cari kot. Nak suruh mama, tapi takut pula. hahaha. Kalau nak tunggu lelaki yang terus masuk meminang tanpa kenal kita. Wujud ke eh lelaki macam tu sekarang ni? Susah sangat nak cari. Kalau boleh aku memang nak bercinta selepas kahwin. Kan sweet masa tu. Boleh bermanja, boleh kenal dia. Tapi kan entah entah dia kaki pukul, kaki perempuan. Macam mana pula? Hmm, kalau dia kaki pukul, in shaa Allah ada hikmahnya lah. Lagi pun manusia boleh berubah kan? Kalau dia kaki perempuan, hmm... Aku tak ada hak nak halang dia kahwin. Lagipun Allah ciptakan lelaki & boleh kahwin 4. So, itu hak dia, aku kena turuti dan make sure dia berlaku adil. Memang lah perit kasih sayang kita di kongsi. Tapi kalau dah itu takdir Allah. Apa boleh buat. Lagipun daripada dia buat maksiat dan zina, baik beri dia kahwin terus kan? Haa, senang tu. haha. Entah lah, jodoh itu rahsia Allah. Cuma aku berdoa supaya Allah berikan aku seorang suami yang soleh & boleh membimbing aku kepadaNya. Aminn :)

No comments: