08 January 2013

Semester terakhir

Assalamualaikum & hello there! So, sekarang aku tengah cuti sem 2. Haih, tinggal lagi 1 sem je lepas tu habis asasi dan masuk degree. Alamak! Maknanya lepas ni semester terakhir! Aku kena struggle betul betul untuk sem 3 ni. Tak boleh main main. Cita cita dah lah setinggi gunung Everest tapi usaha takdak pun susah juga cik kak oi. Sedihnya bila diingatkan bahawa aku dah 19. Cepatnya masa berlalu. ya Allah, berikanlah aku keputusan yang cemerlang dalam asasi ni. Aminn. Lepas ni susah lah  aku nak jumpa roomate roomate kesayangan aku tu semua. Rindu lah kecek kelate Ain dengan Afiah. Rindu dengar orang cakap ganu macam Nabilah & Nurin. Rindu lah kakak & alarm bergerak aku, Zarith. Eh? Hihi. dia orang ni semua best belaka. Sedihnya! Aku rasa nak nangis tulis entry ni. Wuu :'( Lepas tu berpecah lah aku dengan kawan kawan asasi aku semua. Mira, Zati, Mira ayob, Fitra, Yaya & ramai lagi lah! Termasuk lah bedol yg loading, conq, mustari & guys yang lain. Tentu aku akan rindu usha dia dari jauh. Aww, kenangan aku masa asasi ni adalah si dia. Hihi. Lepas ni susah lah nak jumpa dia. Tapi dia nak sangat masuk engineering. So, boleh lah aku cari dia dekat sana. Hoho. Tak ada dah lah senyuman manis dia, tak ada gurau gurau, acah acah tak nampak, tak ada orang panggil aku alaya lagi. Haha. Seriously, ni belum masuk sem 3 dah banyak kenangan weh. Macam mana sem 3 nanti? Kakak kakak rugby nanti mesti aku rindu. Maklum lah 4 bulan tak jumpa. Haihh. Sabar lah, panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi kan? Eh, ayat ni. Ada orang bagi aku. Hehe. Kay lah, tu saja. So cherish your semester 3 well Alya! Make lots of good memories! :)

No comments: