20 May 2013
Politik Malaysia
Assalamualaikum semua :) Wah, sudah lama saya tidak berblogging. Okay, hari ini benda yang saya teringin sangat nak beri pendapat ialah tentang politik di Malaysia ni. Bukan apa, saya tgk Malaysia punya politik makin hari makin dahsyat. Teruk jadinya. Lebih lebih lagi dengan apa yang sudah terjadi dekat PRU13 hari itu. ya Allah, yang satu ni cukup tak puas hati dengan kemenangan kerjaan sedia ada. Lepas itu mula lah, kerjaan main kotor lah apa lah. Jap jap jap. Saya bukanlah pihak kepada mana mana parti tapi kamu ada saksi dan bukti ke tentang benda itu semua? Tak elok tuduh melulu. Kita sebagai orang islam tak elok menyebarkan fitnah. Semua orang tahu kan yang fitnah lebih teruk dari membunuh? Minta banyakkan istighfar lah. Bukan apa, kita bukannya tahu Allah itu maha mengetahui. Nanti dekat akhirat kita dapat lihat siapa yang benar. Okay? Lagipun tolong lah wahai ketua pembangkang satu ni. Jangan lah nak menghuru harakan Malaysia yang sedia kala aman ini. Kamu ada otak kan? Lagi pun apa salahnya kalau sabar dan tunggu sebentar untuk PRU ke-14 nanti. Ke kamu ada apa apa agenda terselindung haa? Haa, yang lagi satu kakak kakak yang pakai tudung labuh dan ada yang berpurdah tu. Tolong lah sangat sangat jangan lah libatkan diri dengan perkara perkara yang boleh mencalarkan imej seorang muslimah. Lebih baik awak duduk rumah kemas rumah. Nanti boleh lah tanya kepada sesiapa yang pergi. Okay? Itu sahaja lah saya nak cakapkan dekat sini. Assalamualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment