17 January 2013

Permulaan Semester 3

Assalamualaikum semua rakan rakan seperjuangan :) Padahal saya rasa tak ada seorang pun yang tahu & teringin nak baca blog saya yang entah apa apa ni. Hehe. Saja saya nak cerita tentang kehidupan saya pada permulaan semester 3 ni. Alhamdulillah setakat ni semua nya berjalan dengan lancar. Setakat ni semua nya boleh dikatakan interesting. Cuma saya tak tahu lagi macam mana amali SSK1000 tu. Minggu pertama dia batalkan semua amali SSK. Jadi tertanya tanya juga. As usual kelas semua pack lebih lebih lagi hari selasa. Tapi Alhamdulillah belum mula lagi Amali Biology. Jadi boleh lah berehat rehat sikit. Hihi. Saya suka jadual semester 3 ni. Walaupun petang hari jumaat ada amali pertanian, saya rasa sangat lah bagus! Sebab tak ada lah saya cemburu tengok ada kawan kawan saya yang tidak ada kelas & boleh balik rumah awal. Huhh. Apa apa pun, saya akan cuba bersungguh sungguh untuk semester 3 ni & kurangkan masa online. Almaklumlah, ini semester terakhir tambahan lagi PNGK saya setakat ni boleh lah. Jadi, semester 3 ni azam saya untuk dapatkan 4 flat! Tapi saya pelik dengan diri saya, kenapa lah tak dari semester 1 lagi? Semester ni baru nak bersemangat betul betul? Ish ish ish. Apa apa pun semuanya dah lepas. Sekarang saya akan berusaha untuk mendapatkan 4 flat semuanya kerana Allah S.W.T. In shaa Allah :)

No comments: