29 January 2013
Sombongkah saya?
Assalamualaikum kalian semua :) Hari ni saya nak keluarkan topik sombongkah saya? Saya selalu tertanya tanya adakah saya ni sombong di mata orang? Hmm, mungkin kalau tak senyum saya tampak sombong & bongkak. Tapi takkan lah saya nak senyum je kemana mana saya pergi? kang ada juga orang kata yang saya tak sihat. Haha. Bagi saya sombong itu subjektif. Tak semua orang sombong & bongkak. Mungkin ada sebab dia perlakukan sedemikian. Mungkin dia dendam dengan seseorang tu ke ataupun mungkin dia ada masalah. Siapa tahu bukan? Allah sahaja yang maha mengetahui. Hmm, saya rasa saya sebenarnya tak sombong cuma segan sedikit. Lebih lebih lagi sahabat lelaki saya. Al maklum lah saya dah jadi anak dara kan, kena jaga pergaulan dengan lelaki. Jadi, kalau saya tak berapa tegur tu faham faham lah ya? Mungkin lebih baik kalau awak (sahabat lelaki) yang tegur saya dulu. Sebenarnya saya tulis blog ni sebab saya pelik, tadi ada seorang kawan saya kata saya sombong sekarang. Bagi saya, ada sebab kenapa saya jadi begitu. Lagipun saya malu sangat nak bertegur dia depan kawan kawan dia dan saya cuba memendamkan perasaan saya terhadap dia. Mungkin dengan cara tidak bertegur saya dapat melupakan perasaan yang saya pendam ini. Yela, takkan nak beritahu dia pula yang saya suka dia? kalau kena reject tak ke malu tu? Lagipun, saya tak mahu lah nanti nampak sangat lah desperate. Sebab bagi saya, jika sudah sampai masanya nanti, insyaAllah Allah akan bukakan pintu hati saya untuk seorang lelaki yang terbaik untuk saya. Jujur saya kata, susah nak lawan perasaan sendiri. Jumpa dia pun kadang kadang saya rasa muka saya mula merona merah & malu sangat hendak bercakap dengan dia. Saya minta maaf ya kawan? Mungkin awak tak tahu hasrat saya yang sebenar ataupun awak dah tahu tapi buat buat tak tahu. Apa apa pun, saya malu sangat dengan awak. Harap awak faham. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment