Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah saya masih lagi bernyawa pada hari ini. Sudah seminggu lebih rasanya saya tidak update blog ni. Maklumlah, pelajar IPT. Sibuk sikit dengan pelajaran. Saja saya nak beritahu hari selasa haritu saya mula berubah dari segi fizikal saya pula. Saya mula memakai tudung yang labuh hingga ke bahu. Alhamdulillah saya rasa selesa & selamat dari mata mata kaum adam. Dan Alhamdulillah juga ramai yang memberi reaksi yang positif. Kebanyakkannya yg menyokong. Lagipun Afiah sudah pesan dekat saya, kalau ada yg beri reaksi negatif atau kata kata yang tidak memberangsangkan, kita buat tak tahu aje. Maklum lah manusia. Kita nak tutup mulut dia tak boleh. Jadi masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Hahaha. Lepas tu, sekarang ni saya cuba kumpul duit untuk beli baju baju yg sepadan dgn tudung saya skrg. Tak mahu lah baju baju yg pendek pendek dan menampakkan tubuh badan tu. Tak lawa pun sebenarnya. Hodoh ada lah. Ain & Afiah roomate yang banyak membantu saya dalam penghijrahan saya ni amat gembira dengan perubahan saya. Mereka banyak memberi semangat dan tunjuk ajar untuk mendekatkan saya kepada Allah. Memandangkan sekarang saya sedang bercuti disebabkan Tahun Baru Cina, jadi saya pulang ke rumah. Alhamdulillah mama gembira melihat saya dan mama pun sudah terikut untuk memakai tudung labuh. Hehe. Sukanya saya bila mama ikut sekali. Mama siap belikan baju & tudung lagi. Terima kasih mama, jasamu akan ku kenang. Nak balas takkan sempat aku balas jasa mama yang banyak tu. Haa, lagi satu. Saya dah ada plan untuk cuti 4 bulan nanti. Okay, nak tahu apa plan saya? Saya plan 2 bulan pertama tu saya nak khatam kan al-Quran. Tahu tak orang yang gembira sekali siapa? Tentulah mama saya. Apabila saya memberitahu hasrat saya. Terus dia ucapkan Alhamdulillah dan semangat. Sebenarnya mama nak hantar saya dekat ustazah dia dahulu. Tapi saya kata, buat apa membazir, bukan Ustazah mama dulu beritahu yang mama pun sudah layak untuk mengajar orang mengaji? Terus mama dengan semangatnya hendak mengajar saya. Tahu tak dia nak ajar saya serta merta ? Haha. Saya berasa amat terharu dan malu sangat dengan mama. Sebab dulu mama pernah hendak mengajar saya mengaji. Tapi masa tu ada sahaja 1001 alasan yang di beri. Maafkan adik mama :( Haa, lagi satu yang saya terkejut, mama nak saya ambil lesen kereta masa cuti ni. Saya dah terkejut beruk dah. Yela, saya ni bukannya keluarga senang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang je. Inikan pula nak bayar yuran lesen yang mencecah hampir ribuan ringgit. Mama dengan tenangnya berkata tak apa, kita kurangkan makan. ya Allah, mama tak fikirkan tentang kebahgiaan dia, mama fikirkan tentang kebahagiaan anak anak nya. Tak apa lah mama, adik takut lah nak bawa kereta lagi lagi dekat kawasan Ampang ni. Haha. Alhamdulillah, Allah permudahkan saya untuk berubah. Sepertimana yang di tulis dalam gambar dibawah. Terima Kasih Allah :)
1 comment:
TERBARU.
Tudung Koshibo Bidang 60 :) <3
Bidang 60, menutup aurat dengan sempurna, mengutamakan nilai kebersihan, sangat sesuai dan selesa menikmati perjalanan jauh seperti balik kampung, ke rumah saudara mara, meniaga, kerja office, kilang, dan sebagainya. Sangat puas hati dijadikan hadiah untuk wanita. Tudung bentuk muka mudah jadi dan senang dibentuk, tiada cacat cela dan terserlah keyakinan dan kecantikan kepada si pemakai. Gaya anggun menjadikan aura si pemakai terasa :)
RM 32 / 1 pcs
RM 30 / 3 pcs (RM 90)
RM 29 / 5 pcs-10 pcs
Nak beli 1 je tapi nak lebih murah mcm harga borong? Bolehhhhhhhh saja!
pm terus page www.facebook.com/izwarinafashion
Post a Comment