10 February 2013
Cinta kerana Allah?
Assalamualaikum :) Wah, title entri kali ni rasa macam saya tgh bercinta pula. Haha. Sebenarnya jauh sekali. Saya tak ada lah bercinta tapi saya sedang fikirkan orang bercinta zaman sekarang. Asal cinta je mesti couple. Boleh je kan bercinta tapi tak couple? Yela, asal couple mesti lah si pasangan pasangan ni nak berpegang tangan lah, cium pipi lah, peluk peluk lah. ya Allah, remaja zaman sekarang, apa lah nak jadi. Dah lah seks bebas semakin berleluasa. Dengan banyaknya anak luar nikah & janin digugurkan. Ish, menyeramkan. Sangat lah menyeramkan. Naik bulu roma saya. Jujur, saya sendiri pernah merasai couple tu. Maklum lah sebelum ni saya jahil. Tapi Alhamdulillah Allah sayangkan saya dan Dia beri saya peluang untuk bertaubat dan mengingatkan orang lain tentang islam yang sebenar benarnya. Sepertimana yang saya baca buku Hilal Asyraf, da'ie yang terkenal dengan buku buku karangan dia sendiri. Dia sendiri mengatakan cinta itu tak salah bahkan cinta itu sesuatu yang sangat indah yang Allah kurniakan kepada kita manusia ni. Lagipun, cinta sepatutnya cinta yang mendekatkan diri ke kepada Allah & cinta yang di arahkan untuk menuju ke syurgaNya. Cuma manusia zaman sekarang je yang menyalahgunakan cinta. Cinta itu indah dan semua orang ingin memiliki cinta. Tak salah bercinta tapi tak perlu lah jumpa 24 jam, pegang tangan & buat perkara perkara maksiat bagai tu. Lagi satu, cinta tak bermaksud WAJIB couple kan? Semua tu semata mata nak declare lah kononnya cinta. Bagi saya kalau awak benar benar cinta, pergi lah jumpa wali si perempuan dan tolong lah bertunang cepat cepat dan nikah cepat cepat. Kalau nikah tu jangan lupa jemput saya ya? Teringin nak rasa nasi minyak ni. Haha. Lagi manis kalau bercinta selepas nikah sebab kalau dah nikah, buat lah apa sekalipun, insyaAllah itu semua ibadah. :) So, bercintalah kerana Allah. Kita mempunyai pilihan siapa yang menjadi pasangan kita. Memang jodoh itu sudah tertulis, tapi kalau kita tak usaha macam mana nak jumpa? Haa. So fikir fikirkan lah ya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment