20 April 2013

Kematangan

Assalamualaikum dan hello semua :) Saya tahu tak ada sesiapa pun baca blog ni. Tapi tak kesah pun. Haa, kematangan. Matang? Kematangan tidak diukur dengan umur, tidak diukur dengan rupa. Matang ni diukur dengan pengalaman kita dalam hidup dan cara kita berkomunikasi atau berfikir. Saya tengok remaja zaman sekarang cakap je "Aku dah matang lah" sedangkan mereka sendiri tercari cari makna kematangan itu sendiri. Mereka kata mereka boleh berdikari atau jaga diri sendiri sebab dah besar, dah matang kononnya. Walhal mereka masih memerlukan ibu bapa mereka. Lagi satu, kita sendiri boleh lihat tahap kematangan seseorang melalui cara berkomunikasi mereka. Cara mereka bercakap. Kita boleh justify dari situ. Remaja sekarang yang sudah berumur 18 tahun tapi tidak matang lagi. Masih lagi berseronok seronok dan menghabiskan masa dengan benda yang tidak berfaedah kepada islam. Remaja era kemodenan ini telah terpengaruh dengan trend trend yang ada dipasaran seperti internet, telefon yang canggih dan cerita orang barat. Sepatutnya remaja kita kena sedar bahawa mereka SUDAH mencapai 18 tahun. Waktu Ibn Sina berumur 18 tahun, beliau telah menjadi seorang yang pakar dalam bidang perubatan tapi kita? Sekarang saya nak tanya anda. Apa yang kita sudah lakukan untuk islam? Apa yang kita sudah sumbangkan untuk islam? Adakah kita memberi sumbangan yang positif atau negatif? Renung renungkanlah.

No comments: