19 April 2013
Tak perlulah crush semua, Allah kan ada? :)
Assalamualaikum dan hai semua! :) Apa khabar? Dah lama tak update blog saya ni. Wah, crush. Saya yakin bahawa ramai anak muda sekarang kemaruk dengan perkataan crush tu kan? Pasti setiap insan ada crush masing masing. Ada yang sampai sanggup bergaduh disebabkan mempunyai crush yang sama. Mereka akan bayangkan dan berangan angan sampai tak ingat waktu. Kadang kadang seseorang itu boleh lalai atau lupakan Allah semata mata untuk crush dia. Haha. Dahsyat sungguh kuasa crush tu kan? Tapi lagi dahsyat kuasa Allah S.W.T. :) Jujur, saya sendiri ada banyak sangat crush. Tak terkira. Haha. Hebat bukan? Tapi ada setengah saya suka lihat rupa dia, ada setengah suka lihat perangai dia. Jadi adakah itu dikira dalam crush? Atau crush itu sekadar satu panggilan untuk orang yang kita minat? Macam ni lah, bagi saya crush tu adalah satu angan angan dengan orang yang kita minat. Sepatutnya kita selidik dulu perangai, cara, sifat dia semua. Bila dah tahu baru kita boleh pastikan adakah kita minat dia atau tidak. Tapi itu bukan kira crush. Itu kira cinta. Tapi jangan lah pula setiap detik setiap jam teringat dekat dia sampai sanggup mengetepikan Allah S.W.T. Kita patut yakin dan percaya dengan ketentuan Allah. Dengan apa yang Allah dah rancang untuk kita. Yakinlah bahawa itu adalah yang terbaik untuk kita sebab Allah S.W.T. tahu isi hati kita. Sekarang saya mampu sedar bahawa orang orang yang saya minat tu belum tentu lagi jadi milik saya tapi saya sanggup lupakan Allah S.W.T semata mata untuk mereka. Itu hanya akan menjauhkan diri saya dengan Allah, Nauzubillah. In Shaa Allah saya akan perbaiki diri saya lagi. Maklumlah saya masih lagi freshie dalam perkara perkara sebegini :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment