29 January 2013
Sombongkah saya?
Assalamualaikum kalian semua :) Hari ni saya nak keluarkan topik sombongkah saya? Saya selalu tertanya tanya adakah saya ni sombong di mata orang? Hmm, mungkin kalau tak senyum saya tampak sombong & bongkak. Tapi takkan lah saya nak senyum je kemana mana saya pergi? kang ada juga orang kata yang saya tak sihat. Haha. Bagi saya sombong itu subjektif. Tak semua orang sombong & bongkak. Mungkin ada sebab dia perlakukan sedemikian. Mungkin dia dendam dengan seseorang tu ke ataupun mungkin dia ada masalah. Siapa tahu bukan? Allah sahaja yang maha mengetahui. Hmm, saya rasa saya sebenarnya tak sombong cuma segan sedikit. Lebih lebih lagi sahabat lelaki saya. Al maklum lah saya dah jadi anak dara kan, kena jaga pergaulan dengan lelaki. Jadi, kalau saya tak berapa tegur tu faham faham lah ya? Mungkin lebih baik kalau awak (sahabat lelaki) yang tegur saya dulu. Sebenarnya saya tulis blog ni sebab saya pelik, tadi ada seorang kawan saya kata saya sombong sekarang. Bagi saya, ada sebab kenapa saya jadi begitu. Lagipun saya malu sangat nak bertegur dia depan kawan kawan dia dan saya cuba memendamkan perasaan saya terhadap dia. Mungkin dengan cara tidak bertegur saya dapat melupakan perasaan yang saya pendam ini. Yela, takkan nak beritahu dia pula yang saya suka dia? kalau kena reject tak ke malu tu? Lagipun, saya tak mahu lah nanti nampak sangat lah desperate. Sebab bagi saya, jika sudah sampai masanya nanti, insyaAllah Allah akan bukakan pintu hati saya untuk seorang lelaki yang terbaik untuk saya. Jujur saya kata, susah nak lawan perasaan sendiri. Jumpa dia pun kadang kadang saya rasa muka saya mula merona merah & malu sangat hendak bercakap dengan dia. Saya minta maaf ya kawan? Mungkin awak tak tahu hasrat saya yang sebenar ataupun awak dah tahu tapi buat buat tak tahu. Apa apa pun, saya malu sangat dengan awak. Harap awak faham. :)
27 January 2013
ya Allah, jadikanlah aku hamba yang taat kepada perintah penciptanya.
ya Allah, jadikanlah aku ummat yang mengikut sunnah Rasulnya.
ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah yang mengikut kata kata ibu bapanya.
ya Allah, jadikanlah aku adik yang menjaga tatasusila serta adab terhadap adik beradiknya.
ya Allah, jadikanlah aku seorang yang sentiasa mengingati jasa baik orang orang di sekelilingnya.
ya Allah, jadikanlah aku seorang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan pendidik & sahabat.
ya Allah, jadikanlah aku seorang yang berguna & berakhlak kepada masyarakat & negara.
ya Allah, jadikanlah aku seorang yang berbudi.
ya Allah, aku memohon kepadaMu sesungguhnya engkau lah yang maha mendengar segala doa doaku.
Spesifikasi Minima Calon Isteri Yang Lelaki Mahu
1. Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur.
2. Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.
3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly.
4. Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.
5. Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.
6. Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat.
7. Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan u perhiasan je kat umah.
8. Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal2. Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati.
9. Tang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali.
10. Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai2 entah pape kau.
11. Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket.
12. Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah.
13. Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh ngajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi garanglah.
14. Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.
15. Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.
16. Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.
17. Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang.
18. Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.
19. Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dlm Islam. Cthnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.
20. Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.
21. Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba gak amik ati orang tua walaupun tak reti.
22. Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab2 seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.
23. Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.
24. Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.
25. Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. "Doaku Untukmu sayang - Wali Band" gitu.
26. Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit2 pale suami tu.
27. Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.
28. Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah :)
29. Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah.
30. Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, dia suka kamu dan setuju nak kawin dengan kamu ler. hehe. Spesifikasi panjang, tapi dia tanak nikah dengan kamu watpe gak. kikiki.
Originally by : Syabab Musafir Kasih

Berubah kepada baik atau sebaliknya?
Assalamualaikum sahabat sekalian :) Hari ni saya saja mahu naikkan topik ni. Walaupun sebelum ni sudah saya tulis berapa banyak kali pun tak ingat. Haha. Okay, firstly, berubah itu ada bagus & ada buruknya. Ikut kepada individu lah. Ada yang berubah kepada yg negative, itu yang tidak elok. Yela, contoh, awak dah elok elok pakai tudung tiba tiba awak buka. Adakah itu elok? Awak tak malu ke dengan Allah? Walaupun awak tak ikhlas pakai tudung sbb Allah time first time pakai. Tapi lepas tu tak akan awak tak rasa apa apa? Saya pun dulu kena paksa pakai tudung oleh ex saya. Lepas tu kakak pula yang pesan saya. ya Allah, mmg ujian betul masa baru baru pakai dulu. Yela, kita tak biasa kan, lagi lagi dekat Malaysia ni panas belaka. Tapi apa yang Allah suruh tu ada hikmahnya tau? Kita perempuan ni senang kena barah disebabkan immune system kita lemah, pakai tudung salah satu cara utk elakkan barah tu. Apa apa pun, semoga Allah beri rakan rakan sekalian hidayah untuk memakai tudung. Aminn. Then, ada juga yang berubah ke arah positif. Alhamdulillah. Sejuk telinga mendengar kawan kawan yang berubah ke arah yang Allah redhai. :) Ada yang tgh merajinkan diri untuk mendirikan solat sunnat selalu. Ada yang berubah secara fizikal dulu. Tapi bagi saya, better awak berubah dari dalaman. Rohani awak tu, ubahkan yang itu dulu sebab bila hati baik, insyaAllah awak akan berubah secara mentally lepas tu secara physically pula. Sebab kalau awak berubah secara physical sahaja tapi perangai tetap buruk, itu sama syaitan bertopengkan manusia. Berubahlah daripada rohani dulu ya? Baikkan hati dan tenteram kan hati. Kita juga kena selalu ingatkan Allah supaya Allah akan ingat kita juga dan jangan lupa juga untuk berdoa supaya Allah memberikan awak hidayah kerana kita perlu memohon hidayah dari Allah kalau kita hendak betul betul berubah. Tapi satu pesanan saya, kalau pertama kali awak berubah kepada yang lebih baik disebabkan seseorang, make sure lepas tu awak segan dengan Allah untuk berubah balik kepada diri awak yang kurang baik dari sekarang. Awak kena tegarkan hati untuk lawan nafsu & cari apa kesan yang baik kepada hidup awak. Sebab percaya lah, segala takdir Allah itu ada hikmahnya. Tak kira awak gagal seteruk mana sekalipun, itu merupakan ujian untuk awak. Jadi bersemangatlah dan bangun semula serta tabahkan diri ya? ;)
Teringatkan ayah
Tahun ni dah 11 tahun ayah pergi meninggalkan aku sekeluarga.
Rasa hiba & sedih bila terkenangkan ayah.
Walaupun aku tidak mengenali perangai ayah,
tetapi dia tetap ayah yang mewujudkan aku di muka bumi ni.
Adik dah lama tak pergi menziarah ayah.
Adik rindu sebenarnya dengan ayah.
Adik selalu doakan ayah.
Semoga dosa dosa ayah diampunkan Allah.
Dan semoga Allah masukkan ayah dlm golongan orang orang yang beriman.
Semoga Allah jauhkan ayah daripada azab di kubur & akhirat.
Semoga Allah menempatkan ayah ke syurgaNya.
Aminn.
I love you ayah ♥
26 January 2013
24 January 2013
Saya ingin berubah
Assalamualaikum blog readers semua :) Salam Maulidurrasul diucapkan kepada semua umat Islam. Harap hari ini kita dapat banyak ilmu & dpt banyak pahala. Jangan lupa rajinkan berselawat walaupun bukan maulidurrasul. Hari ini aku saja ingin menyatakan hasrat aku untuk berubah kepada yang lebih baik. Mungkin tak seislamik ustazah ustazah dekat luar sana. Tapi aku akan cuba sedaya upaya. Firstly, bagi saya seluar walaupun longgar mana tetapi tetap nampakkan bentuk kaki kita. Cuba fikir balik, betulkan? Jadi saya nak sangat pakai jubah, baju kurung atau kain selalu. Tapi apa kan daya. Susah sikit nak bergerak. Hmm. Then, saya nak sangat pakai tudung labuh. Tapi bukan lah yang sampai siku. Cukup sekadar separuh bahu ditutupi. Saya juga ingin sangat memerlahankan suara saya & tidak mengeluarkan kata cacian. Saya paling nak mencuba supaya hati saya ni tidak berkata kata benda yang buruk. Tidak mengumpat atau membenci orang di dalam hati. Saya juga mahu menjadi seorang anak yang solehah. Saya nak sayang & tak mahu melawan atau meninggikan suara dekat mama. Saya juga ingin menjadi seorang sahabat yang sentiasa ada untuk rakan rakan saya & seorang yang tidak menyakitkan hati mereka. Hmm, banyak sangat perkara yang saya nak buat tapi kita ni manusia, mampu ke melakukan semuanya? In shaa Allah :)
Meningatkan diri sendiri & rakan rakan
Hai Assalamualaikum. Dah lama tak tulis entry. Asyik copy & paste sahaja. hehehe. Jadi hari ni saya nak berkongsi sesuatu. Jom!
- Kita patut jaga mulut kita daripada cakap perkara yang tak elok.
- Kita patut jaga mata kita daripada memandang perkara yang kita tak sepatutnya pandang.
- Kita patut jaga hati kita daripada mengata & zina hati.
- Kita patut jaga telinga daripada mendengar perkara yg boleh membawa dosa.
- Kita patut jaga diri kita daripada terpengaruh benda yang tidak baik.
- Kita patut jaga hubungan kita dgn Allah, Rasul, ibu bapa, keluarga, rakan rakan & makhluk Allah yg lain.
So, the conclusion is jaga diri tu penting. Make sure setiap kata kata hati itu membawa kita kepada kebaikan ya? ;)
12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W
1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis): Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan: Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun: Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima: Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka: Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air: Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat

10 Perkara Yang Merosakkan Otak.
1) Tidak mengambil sarapan pagi.
2) Terlebih makan.
3) Merokok.
4) Mengambil gula berlebihan.
5) Menghidu udara yg tercemar.
6) Tidur dengan menutup muka. (Tidur meniarap @ menekup muka ke bantal)
8) Kurang berimaginasi ttg perkara2 baik & hebat.
9) Jarang berfikir.
10) Jarang membaca Al - Quran.

23 January 2013
Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali
Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..
Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang
Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..
Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.
Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Ambillah iktibar
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

21 January 2013
18 January 2013
Oh, itu sebabnya
~ Ustaz Azhar Idrus ~
Soalan : "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu. Tapi tak tau rindu pada siapa?"
Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : "PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR...."

3 Kunci KEJAYAAN buat kita semua:
☑ Man Jadda Wa Jadda [Siapa yang bersungguh-sungguh akan berjaya]
☑ Man Shobaro Zafiro [Siapa yang bersabar akan beruntung]
☑ Man Saro Darbi Ala Washola [Siapa yang berjalan di jalan-Nya akan sampai]
☑ Man Shobaro Zafiro [Siapa yang bersabar akan beruntung]
☑ Man Saro Darbi Ala Washola [Siapa yang berjalan di jalan-Nya akan sampai]
17 January 2013
Kawan atau lawan?
Hello, assalamualaikum :] Kali ni saya suka suki je tulis. Saja mahu bercerita tentang seorang kawan saya ni. Tadi saya tgh call mama, tiba tiba kedengaran lah sekumpulan budak lelaki berjalan menghala ke arah saya. Jadi, saya biarkan je lah mereka. Janji mereka tak mengganggu hidup saya. Tiba tiba saya terlihat ada kelibat lalu depan saya. Saya lihat dan orang tu pun tegur lah saya. Saya angkat tangan senyum je lah. Takkan lah nak bercakap sedangkan mama tengah cakap dengan saya. Walaupun dalam telefon, saya kena lah hormat mama saya. Jadi saya biarkan je lah dia. Tiba tiba dia duduk sebelah saya. Peliknya, saya tak tahu lah apa hal entah dia duduk situ. Saya sambung je berborak dengan mama. Tengah saya bincang pasal hendak balik hujung minggu ni, tiba tiba dia menyampuk kata tak payah balik tak payah balik. Hei, awak tu siapa haa pakcik? Bukannya suami saya pun boleh arahkan saya macam macam. Huh. Saya suruh dia diam. Mungkin dia terasa ke apa dia terus pergi. Haha. Maaflah kawan, bukan niat saya nak sakitkan hati awak tapi saya tengah berborak dengan mama. Salah masa lah awak datang. Bukan saya menyombong dengan awak, tapi saya malu sangat dengan awak. Masa awak tegur saya tu, ya Allah, Allah je yang tahu macam mana berdebarnya hati saya. Saya rasa ini kali pertama awak tegur saya setelah bermula semester 3 ni. Hari tu, masa cuti semester, saya minta tolong awak semua, awak buat tak tahu je kan. Sedih sebenarnya, tapi apa boleh buatkan? Kalau orang tak sudi nak berkawan dengan kita, takkan lah kita nak terhegeh hegeh pula. Lagipun saya malas nak layan hati saya ni. Jadi, lepas ni kalau saya tak tegur awak, awak jangan terasa ya? Minta maaf awal awal sebab saya tak mahu lah nanti timbul pula syak wasangka awak tu & tak mahu lah rahsia saya ni awak tahu. Harap awak baca lah blog saya ni. :)
Permulaan Semester 3
Assalamualaikum semua rakan rakan seperjuangan :) Padahal saya rasa tak ada seorang pun yang tahu & teringin nak baca blog saya yang entah apa apa ni. Hehe. Saja saya nak cerita tentang kehidupan saya pada permulaan semester 3 ni. Alhamdulillah setakat ni semua nya berjalan dengan lancar. Setakat ni semua nya boleh dikatakan interesting. Cuma saya tak tahu lagi macam mana amali SSK1000 tu. Minggu pertama dia batalkan semua amali SSK. Jadi tertanya tanya juga. As usual kelas semua pack lebih lebih lagi hari selasa. Tapi Alhamdulillah belum mula lagi Amali Biology. Jadi boleh lah berehat rehat sikit. Hihi. Saya suka jadual semester 3 ni. Walaupun petang hari jumaat ada amali pertanian, saya rasa sangat lah bagus! Sebab tak ada lah saya cemburu tengok ada kawan kawan saya yang tidak ada kelas & boleh balik rumah awal. Huhh. Apa apa pun, saya akan cuba bersungguh sungguh untuk semester 3 ni & kurangkan masa online. Almaklumlah, ini semester terakhir tambahan lagi PNGK saya setakat ni boleh lah. Jadi, semester 3 ni azam saya untuk dapatkan 4 flat! Tapi saya pelik dengan diri saya, kenapa lah tak dari semester 1 lagi? Semester ni baru nak bersemangat betul betul? Ish ish ish. Apa apa pun semuanya dah lepas. Sekarang saya akan berusaha untuk mendapatkan 4 flat semuanya kerana Allah S.W.T. In shaa Allah :)
13 January 2013
Dia lah yang dipanggil ibu
Assalamualaikum semua! Okay, ini hari last cuti semester 2. Maknanya esok bermulalah kehidupan semester 3 (akhir) aku. Wuuaaa, cepatnya masa berlalu! Aku dah tua dah rupanya. Maklum lah, hujung tahun ni aku dah masuk degree. Weh, course apa nak ambil pun tak tahu lagi ni. Hmm, maknanya aku kena tinggalkan rumah malam ni. Haihh, rindu lah mama, dos & kucing kucing semua. :( Hmm, Mama! :'( Adik takut tak jumpa mama dah lepas ni. Maklum lah, mati tu kan rahsia Allah. Hmm. Kadang kadang teringat balik, baru aku sedar yang mama ni seorang yang tabah & tak berputus asa langsung. Nak tahu kenapa? Sebab mama besar kan aku sorang sorang. Itu pun bantuan sikit sikit dari adik beradik aku. Yela, masa aku berapa bulan entah dalam perut arwah ayah dah sakit. Mama jaga aku, ayah & adik beradik aku. Wahh, betapa kuatnya mama ni. :) Kadang kadang aku rasa nak nangis tengok mama sebab aku fikir macam mana mama boleh tahan dgn kerenah kita orang ni semua? Lepas tu degan jiran jiran yang asyik duduk mengata je. Ish. Rasa nak bakar mulut dia orang tu. Lagipun, aku banyak buat dosa dkt mama. Yela, mungkin aku ada buat mama terasa ke, tinggikan suara ke, tak dengar cakap ke. Adik minta maaf dekat mama sangat sangat :'( Lepas ni, tiap tiap hari adik nak call mama. Tak kira lah apa pun, nak juga call mama. Takut takut lepas ni adik dah tak boleh berborak dengan mama ke. Saya SAYANG MAMA SAYA!
12 January 2013
Jiwa ragaku
Hello! Assalamualaikum :] Saja je aku nak beritahu blog aku ni yang alhamdulillah aku punya perasaan dekat budak yang aku suka tengok dah hilang. Alhamdulillah aku dah tak ada apa apa perasaan suka atau duka kepada dia. Yes! Ini ada lah yang terbaik. Serious tak perlu nak fikir pasal dia semua. Hihi. Boleh lah lepas ni back to my normal life. Macam awal awal sem 1 dulu. Hee. Aku akan buat sama macam awal sem dulu. kira nya, kenal tp buat buat tak nampak je lah. Haha. Okay, itu je saja nak beritahu. Sebab aku tgh bahagia & kembali ceria sekarang. Alhamdulillah :)
Warning!
Jangan kita lupa kepada hari kiamat
Jangan pula kita lupa kepada hari kematian
Jangan lupa kepada hari kebangkitan
Ingatlah wahai manusia!
Mari kita pandu diri dengan BMW hari ini
B - Bersyukur. Bersyukur diatas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita sehingga hari ini. Bersyukur juga diatas segala dugaan yang dikurniakan Allah kepada kita sehingga hari ini.
M - Memaafkan. Maafkan setiap orang disekeliling kita. Apabila kita maafkan orang lain, insya Allah kita turut dimaafkan. Insya Allah juga segala urusan dipermudahkan.
W - Wawasan. Tanamkan wawasan pada diri hari ini untuk memberikan yang terbaik walaupun sekadar memberi senyuman. Kerana apabila kita positif, insya Allah banyak caj positif akan hadir sendirinya.

Masalah Manusia
Hai Assalamualaikum :) Haa, sekarang ni tgh banyak sangat lah masalah masalah yang berpunca dari manusia sendiri. Aku tak faham betul lah. Kadang kadang malas dah nak layan kerenah manusia. Ada yang dah tak nak kawan sebab perangai aku tak matang. Kau tu matang sangat ke? Rupa je matang tapi tak ada lah matang mana pun. Yang lagi sorang ni pula. Touching terlebih lebih tu apahal? Haritu aku gurau je suruh datang. Mungkin salah aku juga sbb tak beritahu kau yg tu hanya lah satu gurauan. Tapi yang kau pun pi datang tak beritahu aku tu apasal? So sekarang kau nak touching & nak aku jaga hati kau lah? Weh, aku dah minta maaf dekat kau dalam 3 kali dah. Yang kau tak faham faham tu apasal? Menyirap pula aku. Lepas tu aku dah malas nak gaduh then nak berkawan dengan kau. Kau pula BERLAGAK SOMBONG. Huh, patut lah ramai yang tak suka kan perangai kau tu. Masalah apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku pun tak tahu lah. Kalau ada salah silap aku yang lain aku minta maaf. *Ni dah kali ke empat dah. Tolong lah weh. Aku cuma nak berkawan dengan kau. Lagi pun aku dengan kau baru je kenal. Tiba tiba dah jadi macam ni. Entah lah, tak faham betul. ya Allah, kau lembutkan lah hati rakan rakan ku untuk berkawan dengan ikhlas dengan aku. Sesungguhnya engkau lah maha esa lagi maha penyayang.
Hihi
JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah.. Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi.. Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk.. Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI.. Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya.. Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..
Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..
Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..
Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang mmberi PANDUAN untuk bercinta..♥♥♥
11 January 2013
Ciri ciri ?
Assalamualaikum :) Tajuk entry ni pasal ciri ciri. Ciri ciri apakah itu? Ciri ciri suami lew. Hewhew :3 Haha, bukan aku gatal nak cari sekarang atau nak kahwin. Aku saja je tulis supaya diri aku blh buka balik entry ni. Means ingatkan lah mcm mana yg aku nak. :-P Okay, kalau ada rezeki aku mmg nak lelaki ciri ciri yg aku bakal tulis ni. Aku nak kalau boleh dia orang utara. Sebab aku dah bosan dgn selatan, KL, Selangor & pahang, walaupun aku jarang pergi pahang.Hihi. Haa. Nak ambil pantai timur tapi jauh sangat lah pula. Yela, kalau kampung aku dekat selatan, dia dekat pantai timur acano? 12 jam perjalanan! Gila ke? haha. Okay, kira utara paling perfect fit skrg ni. Aku nak dia seorang yang suka layan kerenah aku. Aku kan kebudak budakan. Tak berapa nak matang. Tapi kalau dia matang pun okay juga. Sweet kan? Aku rasa mesti nanti aku yang manja terlebih. Aduhai --" Lepas tu aku nak juga seorang yg boleh bimbing aku dekatkan diri dengan Allah. :) Aku nak dia sweet dengan aku tapi tegas juga. Yela, aku ni degil dan keras kepala woii. Nak dia seorang yang cool, rileks gitu. Supaya tak ada lah nanti tiba tiba baran aku naik, dia pun naik baran. Ada juga kang nanti gaduh besar. Huaa. Aku nak dia akhlak baik, jaga diri dia, jaga penampilan dia. Alololo, tomey nya kalau aku fikirkan seorang lelaki yg nampak macho & kelakian dekat luar tapi bila berdua dengan isteri. Manja semua. Comelnya!, hihi. *Eh, berangan lah aku ni --" Aku nak dia seorang yang baik hati, suka tolong suka pergi surau, prihatin. Aku nak suami aku tu reti adilkan antara aku & family dia. Yela, aku tak nak lah nanti asyik pergi kampung dia je. Rindu lah dekat mama :( Aku tak nak juga dia abaikan family dia semata mata sebab aku. Haa. Apa apa pun, aku terima je lah pasangan yang Allah telah tetapkan untuk aku. In Shaa Allah dia ada lah yang terbaik buat ku :)
Sakaratul maut
Hai Assalamualaikum :) Okay hari ni aku asyik tidur je. Actually bukan hari ni je MINGGU ni. Entah kenapa aku kuat sangat tidur pun taktahu. Cakap pasal tidur mesti kita teringat mati. Yela, tidur kan mati sementara. Lagipun kita boleh meninggal masa tidur kan? ya Allah, risaunya aku bila fikirkan mati ni. Al maklumlah, kita tak tahu bila. Semua selalu cakap jodoh itu rahsia Allah, jangan lupa mati pun rahsia Allah juga. Kita ni semua belum tentu lagi cukup bekalan untuk ke syurga. ya Allah, semoga aku, kedua ibu bapa ku, adik beradik ku, rakan rakanku, dan para pendidikku mati dengan cara yang baik & jangan lah engkau matikan kami dalam kemurkaanMu. Aminn. Haih, risau lah aku. Bila bila masa je kita boleh mati tambahan pula amalan aku macam belum mencukupi je. Hmm :(
Love is in the blog! :)
Aww, semua gambar ni sweet gitu :)
Pasal cinta & nikah.
Eh? Aku ni dah nak kahwin sangat ke?
Tak, jangan salah anggap, meningatkan diri je ;)
What course to take this degree?
Hai Assalamualaikum! :D Okay, today I'm so happy because I get to visit my teachers at school. Wait, apasal tiba tiba speaking ni? *Rindu lettew nak tulis blog dlm english. Hewhew :3 Okay, aku pergi jumpa cikgu cikgu dekat sekolah. Ni semua sebab aku masih tak tahu kursus apa yang aku patut buat degree nanti. Haa. Aku memang tetap akan buat istikarah sbb itu rancangan Allah & in shaa Allah itu yg terbaik kan? :) So, cikgu Sarwa a.k.a mama kata yang aku ambil apa apa course yg aku minat. Macam medic, engineering, petroleum gitu. Aku fikir mmg lah nak tapi tu lah, kerja lah pula. Kebanyakan course aku nak semua kerja macam jantan. Kena panjat sana sini, mmg kerja kasar lah. *Okay,sesuai juga sbb aku mmg kasar en? Haa,lepas itu jumpa pula Puan Raja alaa cikgu yang suruh aku masuk UPM tu lah. Dia brainwash aku suruh masuk upm. Huh. Dia beritahu masuk asasi ni senang masuk university. Haa, tadi dia ada beritahu aku yg budak kita orang even 2.4 pun tak akan kena buang & masih dpt tempat dalam UPM & budak matriks kena dapat 3.9 untuk masuk UPM. Like seriously?? :O Kesian betul diaorang! So aku kena lah struggle harder untuk compete dengan budak budak aku & lain lain. Dan Puan Raja pun ada juga kata suruh ambil degree nnt course yg senang & in demand sekarang. Haa, dia bg cadangan macam engineering ke, medic ke, Agriculture ke, Environment ke. Aku dah macam okayy. Pastu aku beritahu dia pasal aku nak aviation. Dia kata haa, tu bagus! Ambil lah aviation, anak buah dia ada ambil tu & gaji masyuk! Plus dia kata tak semestinya perempuan dia takkan ambil. Memang lah tapikan course tu nak mcm banyak tenaga. Tak apa, aku boleh! :D So, aku dah ada beberapa course pilihan dalam tangan. Engineering in aviation, engineering agriculture, agricultural science, chemistry petroleum, geo science, biotech, medical technology, medic macam tu. Haa, in shaa Allah aku boleh buat dan boleh dapat. So, doa banyak banyak Alya & struggle hard and smart untuk last sem ni. Chaiyok! Gambate! Fighting! :D
10 January 2013
Sabar wahai hati
Ya Allah,
Andai masanya belum
tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amiin..
*Untuk para wanita yang masih single diluar sana ,tidak perlulah rendahkan maruah anda semata–mata untuk menarik perhatian lelaki kerana ada seorang insan yang sangat istimewa untuk anda yang dijanjikan Allah. Allah menjaga kita dengan membuatkan kita tidak berapa jadi perhatian lelaki kerana Dia tak nak kita ternoda jadi teruskan lah menjaga maruah diri kerana maruah diri kita itu sangat mahal harganya. In Sha Allah, ada kebahagiaan buat kita.

Taken from Bercinta Selepas Nikah
Kekuatan pada seorang wanita
"Seorang perempuan meluahkan rasa suka kepada seorang lelaki tetapi hasratnya ditolak. Cintanya bertepuk sebelah tangan. Akan tetapi dia tidak berasa sedih. Lalu kawannya bertanya :
"Kenapa kamu tak sedih?"
Perempuan tersebut menjawab :
"Mengapa patut saya bersedih? Saya hanya kehilangan seorang lelaki yang tak pernah mencintai saya, sedangkan dia kehilangan orang yang benar benar mencintainya. Mungkin Allah dah tentukan jodoh saya dengan orang yang lebih baik dari dia. In Shaa Allah ♥""
Berani betul perempuan tu kan? ya Allah, mana lah dia dapat kekuatan sebegitu sekali? Kalau aku lah kan, aku susah nak beritahu directly kepada orang yang aku minat tu. Selalunya aku hanya beritahu secara tersirat. Tak pun rahsia tersebar dari mulut puaka yang pergi beritahu si dia tu. --" Tapi betul juga kan tindakan perempuan tu? Ye la, kalau kita tak beritahu bukannya dia boleh baca isi hati kita pun. Lagipun, ada je orang yang ego tinggi nak kita mengaku dulu dekat dia. Ish ish ish. Tapi kalau kena reject? Malunya! Tapi kita sepatutnya redha je. Hmm, tapi mana tahu juga kalau diberitahu Allah permudahkan ke, dia pendam kan perasaan yang sama ke. Haa. Ish, apa aku merepek ni? Dah Alya, kau jangan tiba tiba nak beritahu si dia tu pula! --"

Pffttt..
Hai Assalamualaikum :) Saja nak tulis untuk beritahu yang aku tak tahu kenapa aku rasa marah sangat dengan dia tu. Nak kata dia ada buat salah dengan aku. Err, tak dapat di kesan pula. Dia takpernah pun buat salah dekat aku. Cuma kekadang tu aku ada lah terasa dengan kata kata dia. Tapi lepas tu aku dah maafkan dah. Haihh. Mungkin aku marah dengan dia sebab dia buat aku jatuh hati dekat dia kot. Tapi bukannya salah dia Alya oii --" Hang yang duk minat kat dia tu buat apa? Dia tu bukannya ada apa sangat pun. Dia manusia biasa je. Ish. Tak faham aku. Dah lah, merepek je entry kali ni. Bubye!
Katanyaa..
Betul lah apa orang kata,
Jangan benci sangat terhadap seseorang, barangkali kita akan sayang dia.
Jangan sayang sangat terhadap seseorang, barangkali kita akan membencinya.
Jangan suka sangat seseorang, barangkali kita akan kecewa yg teramat..
Kiss you - One Direction
Oh baby, baby don't you know you got what I needLookin' so good from your head to your feetC'mon come over here, over hereC'mon come over here, yeah :D
Apakah perasaan ini?
Assalamualaikum.. Entry aku kali ni, aku tak mampu untuk senyum. Aku tak tahu lah perasaan apa yg tengah belengu dalam hati aku. Aku nak luahkan yang sejak semenjak ni aku berasa sayu sangat sangat. Jujur lah, aku menangis tiap tiap malam tanpa sebab. Mesti aku teringat kenangan lampau. Ni pun aku rasa sayu dan mudah sangat untuk mata aku ni mengalirkan air mata. Mungkin orang tengok aku luar kasar tapi hati aku ni entah lah. Senang sangat menangis. Aku tak tahu aku rasa sayu sebab apa. Aku tak tahu nak mengadu dekat siapa. Kalau aku mengadu dekat kawan kawan pun, bukannya dia orang boleh hilangkan sayu aku ni. Aku hanya mampu mengadu dekat Allah je sekarang ni. Aku bercerita segalanya kepada Allah. Aku doa supaya Allah ceriakan kembali hati aku. Ataupun mungkin aku rasa sayu ni sebab Allah nak aku sentiasa ingat dia kot. Yela, selama ni aku banyak buat larangan dia. Aku tak lakukan perintahNya dengan sempurna. Aku buat banyak sangat dosa. :( Setiap kali aku sayu mesti aku akan berdoa dekat Allah. Ye, mungkin itu sebab dia. Lagipun roomate aku pernah kata, kalau hati kita sayu mungkin Allah nak hapuskan dosa kita dan kalau kita menangis kerana Allah, air mata tu mampu memadamkan api neraka. ya Allah, aku harapkan perasaan sayu aku ini akan dibalaskan dengan kebahagiaan dan aku berharap bahawa setiap peristiwa yang telah engkau rancangkan ini ada hikmahNya. Aminn
Beauty & A Beat
Great cover!
Chrissy Costanza & Alex is so cute.
I like this song only because of this cover.
Jodoh itu telah dirancang oleh Allah
Hai Assalamualaikum :] Well, hari ni aku saja je nak update blog ni walaupun tak ada cerita yang menarik. Okay, first sekali aku selalu ingatkan diri aku bahawa setiap orang pasti ada jodohnya. Tidak kira sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak. Semua telah Allah tentukan. Sebenarnya aku selalu tertanya tanya siapakah jodoh aku. Mungkin orang tu aku kenal dan mungkin juga tidak. Ada setengah orang jodohnya tiada di dunia tapi di akhirat. Wah, sweet gitu :) Jodoh pertemuan ni rahsia Allah. Aku harap sesiapa pun yang jadi jodoh aku ada kebaikannya. Hmm, cakap pasal jodoh mesti orang kaitkan dengan kahwin. Yela bak kata Ustaz Azhar Idrus indahnya kehidupan selepas pernikahan. Wah, berdebar rasanya. *macam aku pula yang nak kahwin. Tadi chat dengan kawan aku dia tanya dah ada calon ke cakap pasal kahwin ni. Bila aku fikirkan, nope, aku tak ada seorang calon pun. Aku tak sesiapa untuk dijadikan suami & tak ada sesiapa yang berminat untuk jadikan aku isteri. *acah acah aku tahu pula isi hati orang. Dia kata kenapa tak cari lagi. Aku kata lah yang masa belum sesuai. Mungkin degree nanti kot baru aku cari calon. Ataupun tak cari kot. Nak suruh mama, tapi takut pula. hahaha. Kalau nak tunggu lelaki yang terus masuk meminang tanpa kenal kita. Wujud ke eh lelaki macam tu sekarang ni? Susah sangat nak cari. Kalau boleh aku memang nak bercinta selepas kahwin. Kan sweet masa tu. Boleh bermanja, boleh kenal dia. Tapi kan entah entah dia kaki pukul, kaki perempuan. Macam mana pula? Hmm, kalau dia kaki pukul, in shaa Allah ada hikmahnya lah. Lagi pun manusia boleh berubah kan? Kalau dia kaki perempuan, hmm... Aku tak ada hak nak halang dia kahwin. Lagipun Allah ciptakan lelaki & boleh kahwin 4. So, itu hak dia, aku kena turuti dan make sure dia berlaku adil. Memang lah perit kasih sayang kita di kongsi. Tapi kalau dah itu takdir Allah. Apa boleh buat. Lagipun daripada dia buat maksiat dan zina, baik beri dia kahwin terus kan? Haa, senang tu. haha. Entah lah, jodoh itu rahsia Allah. Cuma aku berdoa supaya Allah berikan aku seorang suami yang soleh & boleh membimbing aku kepadaNya. Aminn :)
09 January 2013
Sakura
Suka baca apa yg tertulis dekat gambar tu.
Betullah, jangan nak impress manusia je.
Impress Allah dulu baru boleh impresskan manusia ni.
Kakak oh kakak
Sejak semenjak ni aku suka dengar lagu jiwang & nasyid.
Kakak pelik dengan perangai aku.
Dia fikir aku suka dgr sbb kan mamat tu.
Mana ada lah akak! --"
Doa seorang kekasih
Seandainya telah kau catatkan,
Dia milikku tercipta untuk diriku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku.
08 January 2013
Semester terakhir
Assalamualaikum & hello there! So, sekarang aku tengah cuti sem 2. Haih, tinggal lagi 1 sem je lepas tu habis asasi dan masuk degree. Alamak! Maknanya lepas ni semester terakhir! Aku kena struggle betul betul untuk sem 3 ni. Tak boleh main main. Cita cita dah lah setinggi gunung Everest tapi usaha takdak pun susah juga cik kak oi. Sedihnya bila diingatkan bahawa aku dah 19. Cepatnya masa berlalu. ya Allah, berikanlah aku keputusan yang cemerlang dalam asasi ni. Aminn. Lepas ni susah lah aku nak jumpa roomate roomate kesayangan aku tu semua. Rindu lah kecek kelate Ain dengan Afiah. Rindu dengar orang cakap ganu macam Nabilah & Nurin. Rindu lah kakak & alarm bergerak aku, Zarith. Eh? Hihi. dia orang ni semua best belaka. Sedihnya! Aku rasa nak nangis tulis entry ni. Wuu :'( Lepas tu berpecah lah aku dengan kawan kawan asasi aku semua. Mira, Zati, Mira ayob, Fitra, Yaya & ramai lagi lah! Termasuk lah bedol yg loading, conq, mustari & guys yang lain. Tentu aku akan rindu usha dia dari jauh. Aww, kenangan aku masa asasi ni adalah si dia. Hihi. Lepas ni susah lah nak jumpa dia. Tapi dia nak sangat masuk engineering. So, boleh lah aku cari dia dekat sana. Hoho. Tak ada dah lah senyuman manis dia, tak ada gurau gurau, acah acah tak nampak, tak ada orang panggil aku alaya lagi. Haha. Seriously, ni belum masuk sem 3 dah banyak kenangan weh. Macam mana sem 3 nanti? Kakak kakak rugby nanti mesti aku rindu. Maklum lah 4 bulan tak jumpa. Haihh. Sabar lah, panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi kan? Eh, ayat ni. Ada orang bagi aku. Hehe. Kay lah, tu saja. So cherish your semester 3 well Alya! Make lots of good memories! :)
Untuk Dia
Ku jatuh hati padamu,
Bukan taknak mengaku tapi hati rasa malu,
Senyummu menawan, menawan,
kau buat hatiku tertawan.
Hanya Tuhan yang Tahu - UNIC
Ku pendamkan perasaan ini,
Ku rahsiakan rasa hati ini,
Melindungkan kasih yg berputik,
Tersembunyi di dasar hati. :")
Perubahan
Hai Assalamualaikum :) Suka baca title entry saya hari ni. Perubahan. Hmm, setiap orang pasti akan melalui perubahan dalam hidup. Tak kira lah dari segi mental ataupun fizikal. Orang kata, kalau nak berubah tu make sure berubah mental (hati & jiwa) dan juga fizikal. Jangan lah ubah fizikal je dan lagi satu tolong lah wahai kawan kawan, jangan lah berubah sebab kan seseorang hambaNya. Tolonglah berubah ikhlas kerana Allah. Jangan berubah disebabkan benda yang belum tentu lagi jadi milik awak. Lepas ni kalau nak buat apa apa buatlah ikhlas kerana Allah. Kalau awak buat ikhlas kerana Allah. InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kamu. :) Awak, saya bukan berubah sebab awak. Tapi saya betul betul nak sangat berubah. Saya nak jadi yg terbaik untuk suami saya yg saya tidak tahu siapa. Saya nak jadi anak yang solehah untuk ayah & mama saya. Saya nak jadi adik yang baik untuk abang & kakak saya. Awak, terima kasih sebab awak banyak tolong saya untuk berubah. Terima kasih sebab awak tolong ajarkan saya sikit demi sedikit. Terima kasih sebab support saya. :)
Hati...
Assalamualaikum :) Hati? Apa itu hati? hati yang mengawal minda kita, minda mengawal diri kita, diri kita mengawal hati. Haa. Nampak tak pusingan dia dekat situ? Haha. Itu Dr Fadzilah Kamsah yg beritahu lah. Okay, apa sebenarnya kaitan title entry ni dengan aku? Banyak sangat kaitannya! Firstly, sekarang ni hati aku dah macam tongkang pecah, almaklum lah tengah angau. Secondly, hati aku ni degil, aku dah cakap tak, dia kata ya juga --" Thirdly, hati aku ni asyik duk teringat dekat dia. Fourthly, aku dah menyampah layan hati aku ni. Fifthly, hati ni taknak lepaskan dia. Hmm. Macam mana ni? Semua ada kena mengena dengan si dia tu. Aku dah kawal hati supaya tak suka dia yg teramat. Tapi malangnya hati aku melawan cakap aku. Ish, pandai eh melawan sekarang hati? Kena babap karang baru tahu! Aku selalu kata dekat hati aku ni yang aku dengan dia hanya lah sahabat biasa tidak lebih dari itu. Tapi hati aku tetap nak kasih sayang dari dia. Hoi, kau fikir dia tu nak ke bagi kasih sayang dekat kau haa hati? Dia tu dah lah memilih orangnya. Lepas tu ego pula tinggi. Haa. Bagus sangat lah tu kan? Tapi aku pelik, apa jenis hati yang dia ada? keras macam batu ke? Dia dah lah nak perempuan yang pergi mengaku dekat dia. Gila ke weh? Tercalar nanti maruah dia. Lagipun awak bukannya akan terima dia. Haih, tak faham lah dia ni. Expectation dia pelik sangat. Dia kata kalau perempuan tu malu, melepas lah. Habis kau nak dia pergi terhegeh hegeh dekat kau? Kesian dia nampak desperate. Ish. Yang hati aku ni degil sangat. Aku dah kata dia takkan nak dekat aku, hati aku tetap nak dia. Eh hati, nanti Allah temukan lah awak dgn hati yg sayangkan awak juga. Aduhaii. Aku rasa dia dah tahu apa isi hatiku terhadap dia, tapi dia nak juga aku confess & beritahu siapa yg aku minat. Gilo ke apa eh jang? Haha. Sekarang hati aku kena kuat! Jangan nak suka sangat kay hati? Awak tu perempuan hati, buat cara malu macam perempuan ehh? Sayang awak hati. :*
Pertemuan
Hai Assalamualaikum :) Wah, gembiranya aku hari ni. Tahu tak aku kena kejut pukul 6 sebab ada orang tu reply message aku. Time aku message malam tadi tak ada pula dia nak reply --" Katanya line tak ada. Ish3. Tapi kan, pagi pagi lagi orang tu buat aku tersenyum. Almaklum lah, orang yang kita suka kan? Serious gembira bila orang yang pertama kejutkan kita adalah si dia. Sebenarnya aku tulis entry ni sbb aku musykil sangat sangat. Hmm, biar aku ceritakan dari mula dulu. Macam ni, dulu masa aku masih dengan ex aku, aku minta petunjuk dari Allah sbb pada masa tu aku memang serabut sangat sangat. Aku minta petunjuk Allah tunjuk aku lelaki mana yg terbaik buat aku & apa yg aku patut lakukan. Masa tu hati aku dengan kuatnya menyatakan suruh aku putus dengan ex aku tu. Jadi aku pun putuslah. Seminggu lepas tu aku mimpikan si dia ni 3 kali berturut turut. Walaupun main character dlm mimpi tu bukan dia, tapi dia tetap muncul --" Aku pernah mimpikan mak dia masa first dulu. Alhamdulillah dalam mimpi tu, mak dia sayang betul dekat aku. :) Tapi bak kata orang, mimpi mainan otak. Mungkin masa tu aku taksub sangat kot suka dia --" Okay, haritu ada seminggu ni, entah kenapa aku rasa sayu selama seminggu tu. Aku rasa asyik nak nangis, sampaikan duduk depan surau dgn roomate aku pun aku menangis. Tak faham betul lah. Haha. Masa aku sedih tu, ada satu part aku duduk belakang pintu almari, aku berdiri seorang diri. Tiba tiba aku rasa aku dipeluk dari belakang oleh seorang lelaki. Masa kena peluk tu aku bukan rasa macam aku bukan berada dalam bilik. Bagaikan di suatu masa lain. Lepas tu ada juga aku mimpi lelaki yang sama. Aku tidur di dada dia & aku berterima kasih dekat dia. Alahai, romantis gitu. Yang peliknya, lelaki tu muka sebijik macam.... emmm... macam si dia ni. Tapi aku tak tahu nama dia. baru baru ni satu bilik aku berborak pasal kahwin semua. Tiba tiba malam tu aku terfikir kalau baru kahwin mestii.... Ishh. Tiba tiba muncul seorang lelaki yg muka macam dia lagi & pegang tangan aku erat2. Yang tu lah paling aku terkejut sekali! Baru baru ni juga aku minta dekat Allah aku teringin sangat nak tahu siapa bakal suami aku. Aku nak tengok muka dia, dia pandang aku dan diam & aku sebut nama dia jadi aku tahu nama. Nak tahu tak malam tu aku mimpi muka si dia tu then aku sebut nama dia dia pandang aku senyum manis je. Ya Allah! Apakah otak aku ni gila sangat dekat dia? Hahaha. Serious weh terkejut badak aku dibuatnya --" Memang tak di nafikan aku suka dia tapi melampau lah kalau apa aku buat semua nya nak muncul batang hidung dia tu. Ini dah kes berat Alya oii! Ni dah angau tahap 4! hahaha. Tolong lah alya jangan dahsyat sangat? Lagipun aku rasa Allah pertemukan kita orang ni sebagai seorang sahabat & seorang yang boleh membimbing aku. Haa. So, don't overdo yourself okay? Bak kata orang, kalau dah jodoh tak kemana :)
05 January 2013
Chaiyok!~ Fighting!~ Gambate!~
Assalamualaikum Hi semua :] Okay, tajuk kali ni comel. Haha. Tiga tiga bahasa timur sana. China, Korea, Jepun. Alololo. Sejak bila aku terpengaruh ni? --" Okay, back to topic. Sebenarnya title entry kali ni sesuai sangat dengan situasi aku sekarang. Nak tahu ke? Sebenarnya aku sekarang ni tengah melawan kehendak hati & perasaan aku. Serious tak tipu yang lawan perasaan & menipu diri sendiri sebenarnya susah sangat. Okay, bukan lah menipu diri sendiri tapi aku cuba kurangkan rasa suka dekat someone. Aku melawan nafsu aku sekarang ni. Memang berjihad lahh. Bukan setakat aku cuba kawal diri aku dari suka mana mana lelaki tapi aku juga kawal diri daripada terus selalu tegur dia dulu. Message dia dulu. Berbagai bagai lah. Allah je yang tahu betapa pedihnya jiwa ragaku. Cewahh. Serious sekarang ni aku nak kurangkan cakap pasal dia. Memang susah sangat mulut aku ni nak tukar topik lain. Tapi aku tengah mencuba. So, supaya mulut aku tak cerita pasal dia, apa kata kita Istighfar, Zikir, Selawat. Haa, kan banyak pahal dapat? In Shaa Allah :) Tapi satu benda yang paling paling susah. Jauhkan mata aku dari mencari dia. Mesti mata aku ni meliar cari kelibat dia. Haihh. Aku dah malas dah nak layan sebenarnya. Hati aku ni macam kuat sangat mengatakan yang aku suka dia. Fine, aku memang suka dia tapi tak bermakna sayang atau cinta kan? Lagipun lebih baik aku sayangkan & cintakan Allah, nabi & rasul, serta family kesayangan aku. Supaya aku boleh lupakan dia, aku kerap kali berkomunikasi dengan Allah & call mama. Walaupun aku tahu mama in shaa Allah sihat, tapi aku nak hilangkan kesunyian di hati je sebenarnya. Jadi aku call mama, tanya khabar. Borak borak. Hehe. Alhamdulillah hilang juga sikit sikit. Lagipun aku ada roomate serta kawan kawan yg boleh berborak rancak dengan aku. Hehe. Sayang dia orang semua :) Baru aku sedar kenapa hati & perasaan aku mencari seseorang utk dikasihi & disukai. Sebab sebenarnya hati aku rasa yang aku kesunyian walaupun pada hakikatnya aku sebenarnya mempunyai ramai orang yang menyokong aku. Aku je tak nampak semua tu. Allah & para malaikat sentiasa berada bersama aku. Mama, family & rakan rakan sentiasa ada dalam hati aku ni. Aku je tak perasan semua tu. Lagipun, salah satu cara aku melupakan keinginan hati aku ni, aku suka lihat ciptaan Allah, lagi lagi dekat belakang bilik tu. Subhanallah, lawa nya pemandangan :) So apa apapun, aku nak tekankan dekat sini bahawasanya AKU TIDAKLAH KESUNYIAN. Assalamualaikum :)
Subscribe to:
Posts (Atom)